Tuesday, 29 May 2012

inilah diriku yang sebenar~


“Aduh… isk!”, saya menahan pedih.
Ustazah Ida memulas telinga saya. Kali pertama! Dan itulah titik permulaan terhadap suatu masalah besar dalam hidup saya.
Tidur dalam kelas!
Masya Allah, saya pun tidak tahu kenapa, semasa di Darjah 3, tiba-tiba saya ditimpa masalah ini. Mengantuk di dalam kelas.
Allah sahaja yang tahu betapa malunya saya ketika telinga dipulas Ustazah Ida. Lagi-lagilah kalau cerita ni smpai ke pengetahuan family saya..adoihh!!maluuuu =='


“Orang yang tidur dalam kelas, adalah orang yang belajar tak ada matlamat!”, kata Ustazah Ida sekembalinya dia ke depan kelas menyambung pengajaran sambil merenung saya.
Ada juga rasa hendak menangis. Tapi believe it or not, saya mengantuk semula.

KELUARGA RISAU

“Tak tahulah abah, kenapa sejak kebelakangan ini Ina mengantuk melampau-lampau dalam kelas”, saya mengadu kepada abah.

#catatan pengajian Farmasi#


Tahun Pertama

Pelajar diberi pendedahan awal bidang farmasi, penyakit dan ubat. Antara subjek yang dipelajari adalah anatomi dan fisiologi manusia, pengenalan farmasi, kimia am farmaseutikal, Biokimia manusia, farmasi fizikal dan sebagainya.

Tahun Kedua

Pelajar belajar berkaitan kilang ubat iaitu industri farmaseutikal dan komuniti farmasi yang berkaitan mengenai kedai-kedai ubat. Subjek penting yang diberi penekanan ialah teknologi farmaseutikal, patologi, pelbagai sistem tubuh dan terapi. Pelajar juga diberi kes dan membentangkannya secara berkumpulan mengenai masalah dan cara rawatannya.

All Rights Reserved. Knowledge sharing. Credit to all bloggers. Thank you.