Tuesday, 29 May 2012

#catatan pengajian Farmasi#


Tahun Pertama

Pelajar diberi pendedahan awal bidang farmasi, penyakit dan ubat. Antara subjek yang dipelajari adalah anatomi dan fisiologi manusia, pengenalan farmasi, kimia am farmaseutikal, Biokimia manusia, farmasi fizikal dan sebagainya.

Tahun Kedua

Pelajar belajar berkaitan kilang ubat iaitu industri farmaseutikal dan komuniti farmasi yang berkaitan mengenai kedai-kedai ubat. Subjek penting yang diberi penekanan ialah teknologi farmaseutikal, patologi, pelbagai sistem tubuh dan terapi. Pelajar juga diberi kes dan membentangkannya secara berkumpulan mengenai masalah dan cara rawatannya.

                                        
Tahun Ketiga

Pelajar akan mempelajari tentang klinikal-klinikal asas, penjagaan farmaseutikal serta terapi-terapi untuk sistem saraf, pusat dan sistem kardiovaskular. Pelajar juga didedahkan dengan amalan-amalan perubatan atau terapi-terapi bagi penyakit tertentu supaya dapat membuat persediaan bagi subjek klinikal pada tahun empat.

Tahun Keempat & Kelima

Pelajar lebih kepada praktikal iaitu memasuki wad dan didedahkan dengan kes-kes klinikal yang rumit dan kes sebenar pesakit. Dengan ini pelajar dapat mengaplikasikan teori terapi yang dipelajari sejak tahun pertama. Setiap pelajar perlu melakukan penyelidikan dan menghasilkan tesis. 

0 voices:

Post a Comment

Sebarang komen/cadangan/teguran/pendapat dipersilakan ..
Dilarang mencarut/meletakkan perkataan yang tidak sepatutnya ..
Terima kasih ..

All Rights Reserved. Knowledge sharing. Credit to all bloggers. Thank you.