Tuesday, 29 May 2012

inilah diriku yang sebenar~


“Aduh… isk!”, saya menahan pedih.
Ustazah Ida memulas telinga saya. Kali pertama! Dan itulah titik permulaan terhadap suatu masalah besar dalam hidup saya.
Tidur dalam kelas!
Masya Allah, saya pun tidak tahu kenapa, semasa di Darjah 3, tiba-tiba saya ditimpa masalah ini. Mengantuk di dalam kelas.
Allah sahaja yang tahu betapa malunya saya ketika telinga dipulas Ustazah Ida. Lagi-lagilah kalau cerita ni smpai ke pengetahuan family saya..adoihh!!maluuuu =='


“Orang yang tidur dalam kelas, adalah orang yang belajar tak ada matlamat!”, kata Ustazah Ida sekembalinya dia ke depan kelas menyambung pengajaran sambil merenung saya.
Ada juga rasa hendak menangis. Tapi believe it or not, saya mengantuk semula.

KELUARGA RISAU

“Tak tahulah abah, kenapa sejak kebelakangan ini Ina mengantuk melampau-lampau dalam kelas”, saya mengadu kepada abah.

                                                                  
“Makanan tak berzat kot? Hmm, mana xnya, asyik2 maggi..itu saja yg dlm otak kamu,"...perrgghh!!hebat ^^ sedapnyaa..
“Entahlah. Inal beli multi vitamin boleh bah?”, saya cuba mencari penyelesaian. Abah setuju dan saya memakannya secara tetap selama beberapa tahun.
Tetapi keadaan tidak berubah. Saya sentiasa mengantuk di dalam kelas. Bukan calang-calang mengantuk. Habis sahaja perhimpunan pagi, saya dan rakan-rakan masuk ke kelas dan …. tiba-tiba kelas kosong! Saya tertidur sehingga rehat pukul 10:30 pagi! Tiada siapa yang gerakkan saya sebab semua sudah arif. Saya memang gila.

Segala cara saya sudah usahakan. Saya pindah kerusi duduk depan sekali supaya muka saya mengadap muka cikgu dan kalau nak tarik telinga saya, tariklah. Asalkan saya tidak tidur. Tapi sia-sia… saya mengantuk yang bukan kepalang.
Mula-mula kejadian ini berlaku, macam-macam kutukan, leteran dan maki hamun yang saya dapat dari cikgu-cikgu. Sehingga Cikgu Bakri, guru Kajian Tempatan tem skola rendah saya pernah menyindir, “aku ingat budak ni dahi hitam sebab banyak sujud qiamullail. Rupa-rupanya sujud atas meja dalam kelas!”
Berdekah-dekah kawan dalam kelas ketawa. Saya terjaga. Merah pipi, dan tidur semula.

TIDUR BUKAN SEBARANG TIDUR

Itulah masalahnya. Saya tidur, tetapi tidak tidur.
“Hah, Madihahl! Jawab!”, Cikgu Hasnah, guru Sains saya menepuk meja.
Saya menjawab.
“Eh, betul pula jawapan budak ni!”, Cikgu Hasnah hairan. Saya pun hairan. Saya rasa saya tidur, tetapi agaknya benda yang diajar masuk ke minda separa sedar saya. Pelik. Nak kata wali, tak sampai maqam lagi!

                                        ***                                         
Akhirnya apabila keputusan PMR tersiar, semua guru semacam mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur saya tidur. Saya mendapat 7A saja, hahah, padan muka!! , termasuk subjek yang saya tidur di dalam kelas. Allahu Akbar, saya semakin keliru.
Demi Allah, saya mencuba sedaya upaya untuk mengatasi hal ini. Cuba tidur awal di malam hari, cuba beriadah di siang hari supaya penat dan boleh tidur nyenyak di waktu malam, agar segar keesokan harinya. Tetapi menjelang SPM, jumlah masa saya tidur di dalam kelas menyamai malah mungkin lebih dari jumlah masa saya berjaga ketika di dalam kelas. Saya istiqamah makan ubat. Nothing has changed! Nak salahkan kehidupan di hostel, hmm..x jugaaakk..haihh..

Mungkinkah saya dijangkiti virus beruang koala di bahagian otak?

Kisah seorang pelajar yang kuat tidur di dalam kelas semacam telah menjadi urban legend di sekolah saya. Selepas beberapa bulan saya meninggalkan sekolah, rupa-rupanya masih ada guru yang menceritakan kisah saya ini kepada pelajar.
Tetapi, dalam mengantuk-mengantuk itu, hanya ada satu subjek sahaja yang saya hampir tak pernah tertidur di dalam kelas. Iaitu MATEMATIK TAMBAHAN!!huahuahua,,bkn paa..takut x dpt jwb..atau kena denda leh cigu Rosmadi..sebay sebay..hihi

Jangan berhenti ceramah, nanti tertidur!

Kini saya sudah habis SPM, dan result pon cukup2 mkn jaaa...hihi,taw pon..

Saya tida tau ohh pa akan jadi klu dah masuk universiti nti, ntah2 makin parak!!

#Apabila otak ligat, kita jadi cergas#
Entahlah apa pengajarannya dari cerita saya ini.

2 comments:

  1. greatt entry..!!
    good 4 u huh..?! >_<
    best of luck gink.. hehe

    ReplyDelete
  2. huyyyooooo~
    hikhikhik XD
    makaseh lerr...entry mu lom habis ag kubaca
    ahaaa XP

    ReplyDelete

Sebarang komen/cadangan/teguran/pendapat dipersilakan ..
Dilarang mencarut/meletakkan perkataan yang tidak sepatutnya ..
Terima kasih ..

All Rights Reserved. Knowledge sharing. Credit to all bloggers. Thank you.