Thursday, 7 June 2012

mana satu ni eak??huhu~



Suatu hari, setelah selesai menunaikan solat Asar berjemaah di masjid, Pak Osman ayah Ustazah Fatiha berborak-borak dengan Fakhrul dan Aiman di tangga masjid.

Pak Osman: "Apa kaitannya jodoh dan mati?"

Fakhrul: "Ohh..saya tahu jawapannya ni. Allah sebut dalam al-Quran yang bermaksud 'Setiap yang hidup PASTI merasai mati'. Tapi Allah tak kata pula 'Setiap yang hidup PASTI merasai jodoh'. Jadi, kurangkan soal hati, banyakkan soal mati."

                                                                    
Aiman: "Hmm.. Tapi Allah sebut dalam al-Quran, dalam Surah Fatir ayat 11, Yaa Sin ayat 36, Al-Dhariyat ayat 49, dan al-Naba' ayat 8 yang makhlukNya diciptakan berpasang-pasangan. Maksudnya, jika tiada pasangan di dunia mungkin ada pasangannya di akhirat kelak. Bidadara atau bidadari di syurga ke. Betul tak? Lagipun hadis-hadis Nabi menggalakkan kepada bernikah. Memang mati itu PASTI, tapi jodoh tu pun KENA diikhtiarkan."

Pak Osman: "Okay..okay. Apa pula pendapat kalian tentang hebahan pertunangan?"

Fakhrul: "Kalau ikut hadis rahsiakan pertunangan tu, hadis tu ada dhaifnya. Tetapi menurut Ustaz Azhar Idrus, rahsiakan pertunangan tu bermaksud tidak diperbesar-besarkan seperti nikah dan boleh diberitahu kepada orang-orang terdekat. Orang jauh-jauh dan orang-orang asing tu wallahua'alam boleh ke tak."

Aiman: "Tapi, kalau fikir-fikir ada hikmahnya rahsiakan pertunangan ni dan tidak dihebahkan kepada public. Setakat nak maklumkan 'saya dah bertunang' tu bolehlah diterima. Tapi mention nama tunang dan letak gambar tunang di facebook contohnya mungkin tidak berapa ok. Satu, bimbang ada yang berhati busuk akan buat apa-apa pada tunang kita - dari segi keselamatannya tak berapa nak selamat. Dua, memang boleh elakkan fitnah pada diri kita, tapi bila putusnya sebuah pertunangan..aib ditanggung oleh pihak perempuan. Tiga, dah nak sama budaya artis-artis la pula. Terbaiknya, ambil sikap berhati-hati sebelum bertindak. Fikir dulu sebelum hebahkan. Ustaz Don Daniyal dah mention jangan hebohkan pertunangan di facebook. Beliau sendiri pun ditegur tentang tu. Jadi, tak perlu hebahkan kat FB, bukan saudara mara kita pun. "

Pak Osman: "Ok..ok..dah lewat ni, pakcik nak balik dulu. Nak pi amik Fatiha dari kelas mengajar ngaji Quran."

Aiman & Fakhrul: "Jap pakcik..agak-agak bila saya boleh masuk minang Ustazah Fatiha?"

Pak Osman: " ( ~tangan didada mata keatas~ )

0 voices:

Post a Comment

Sebarang komen/cadangan/teguran/pendapat dipersilakan ..
Dilarang mencarut/meletakkan perkataan yang tidak sepatutnya ..
Terima kasih ..

All Rights Reserved. Knowledge sharing. Credit to all bloggers. Thank you.