kalau dah JODOH, takkan ke mana...


Hati berdetak kencang setiap kali bertemu pandang dengan jejaka pujaan hatinya. Safa segera menundukkan pandangannya. Bimbang akan panahan yang bakal berlaku kepada Safa andai dia terus memandang jejaka itu. Sungguh telah lama dipendamkan rasa hati terhadap jejaka itu namun untuk meluahkan Safa tidak berani. Perasaan malu mencengkam dirinya. Patutkah diluahkan?

Ahh ...malu sekali untuk mengakui rasa yang bertamu di hati. Berkali-kali Safa nafikan, namun ia tetap menganggui Safa. Astaghfirullah hal azim... Ya Allah, jauhkanlah gangguan perasaan ini daripada hatiku. Nasihat ibu untuk sentiasa menjaga akhlak sebagai muslimah sentiasa bermain di minda Safa.

Saban hari Safa meluahkan rasa hatinya kepada Allah SWT. Safa berasa lega meluahkan segalanya kepada Si Pencipta. Satu perkara yang Safa amat pasti. Hatinya tenang sekali setiap kali usai bersolat. Hatinya juga berasa sangat lapang. Kadang-kala mengalir air mata Safa. Dirinya dulu amat jauh daripada Allah. Tidak pernah sekali pun dia ingin melakukan solat-solat tambahan seperti itu. Baginya, solat fardhu sudah mencukupi. Safa salah ...hatinya sangat kosong dahulu namun hari ini Safa mampu untuk mengakui hatinya sudah tidak kosong lagi. Allah raja di hatinya yang telah memenuhi segenap ruang hatinya.

                                                                     
Safa tidak mahu gopoh di dalam mencari pasangan sementelah dirinya masih lagi menuntut di tahun akhir di universiti. Safa perlu menyudahkan pengajiannya dahulu sebelum berfikir mengenai pasangan hidup apatah lagi perkahwinan. Safa akui, memiliki pasangan adalah fitrah semulajadi manusia dan Safa sentiasa mendoakan semoga Allah mengurniakan seorang suami yang mampu membimbingnya ke jalan Syurga.

Safa menyimpan rapi perasaan itu sendiri. Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada jejaka itu. Safa khuatir, andai hatinya terlalu berharap, dia bakal kecewa suatu hari nanti. Allah pengatur segalanya. Dia pasrahkan apa sahaja qada' dan qadar Allah terhadapnya. Sementelah dirinya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, adalah molek sekiranya diabaikan dahulu perasaan yang sekian lama menghuni hatinya. Pada pandangan Safa, jejaka itu sangat baik pegangan agama dan akhlaknya.

Setelah 3 tahun bergelut sebagai seorang pelajar universiti, Safa akhirnya berjaya bergraduasi dengan cemerlang. Ibu dan ayahnya tersenyum bangga melihat kejayaan Safa, Itulah hadiah terbaik untuk ibu dan ayahnya. Universiti kini ditinggalkan. Lambaian rakan-rakan semakin jauh daripada pandangan mata. Sedang asyik Safa melambai rakan-rakannya daripada dalam kereta, matanya tertancap kepada susuk tubuh seseorang. Dia ...selamat tinggal insya-Allah semoga bertemu lagi, bisik Safa perlahan. Perasaan sayu menggayuti hati. Air matanya dikesat perlahan. Dalam diam, ibu memerhatikan perlakuan Safa. Cepat-cepat Safa mengalihkan pandangan ke luar tingkap kereta. Malunya dia andai ibu mengetahui hal hatinya.

Safa kini seorang wanita yang berkarier. Namun sunyi hati mendambakan teman bernama suami. Lantas hal itu disuarakan kepada ibu dan ayahnya. Safa redha akan pilihan ibu dan ayahnya. Pasti mereka akan mencari seorang yang seorang yang sesuai untuk dirinya. Sesekali Safa teringat akan jejaka itu. Safa tersenyum sendiri mengenangkan kisah lalu. Sekian waktu telah berlalu, barangkali dia sudah bergelar seorang suami dan bapa.

Suatu hari, ibu membawa perkhabaran bahawa mereka telah menemui seorang calon suami untuk Safa. Alhamdulillah, Safa melafazkan syukur. Safa sangat percaya akan pilihan kedua orang tuanya. Safa hanya mengetahui sedikit tentang calon suaminya. Itu sudah memadai untuk Safa. Safa segera beristikarah meminta ketetapan hati di dalam membina sebuah rumah tangga. Semoga semuanya di dalam redha Allah SWT. Setelah beberapa kali beristikarah, Safa menemui jawapan. Ia tidak hadir melalui mimpi seperti mana biasa namun Safa merasai ketenangan dan kelapangan hasil daripada istikharahnya.

Namun fikiran Safa sering terganggu. Bayangan jejaka itu sering menghantui fikirannya sejak kebelakangan ini. Safa meluahkan hal itu kepada ibu. Ibu hanya berdiam memarahi Safa tidak, menasihati Safa untuk melupakan jejaka itu pun tidak. Safa bingung akan reaksi ibu. Seboleh mungkin Safa mahu melupakan lelaki itu. Telah lama Safa singkirkan wajah lelaki itu dari mindanya namun mengapa ia kembali hadir?
Mendengarkan kata-kata Safa, ibu segera ke biliknya dan kembali dengan membawa sekeping foto. Dihulurkannya kepada Safa.
"Gambar bakal suami Safa ye ibu? Ibu simpan ajelah. Safa tahu, ibu mesti pilihkan yang paling beriman untuk Safa kan..."
"Cuba tengok dulu Safa."
Diambilnya foto di tangan ibu dengan hati yang berat. Dia belum bersedia untuk melihat wajah bakal suaminya. Baginya, paras rupa tidak penting dan dia tetap akan mengenali bakal suaminya apabila mereka telah sah menjadi pasangan suami isteri kelak.
Subhanallah, wajah yang cukup dikenali Safa. Air mata Safa mengalir deras. Lantas Safa memeluk ibu. Terharu Safa akan ketentuan takdirnya. Ibu mengusap-usap belakang Safa. Ibunya turut terharu mendengar tangis syukur Safa.
"Itulah, jual mahal. Ibu nak tunjukkan dari awal lagi tapi Safa tak nak."
"Safa tak sangka ibu. Tapi macam mana ibu? Ibu kenal dia? Tapi Safa tak pernah cerita pun..."
"Safa sayang, Zubair itu anak kenalan ibu. Setelah sekian lama ibu terputus hubungan dengan umi Zubair. Alhamdulillah, akhirnya kami bertemu semula. Banyak yang ibu bualkan dengan umi Zubair termasuklah niat ibu untuk mencari calon menantu. Umi Zubair yang cadangkan supaya menjodohkan Safa dan Zubair. Subhanallah Safa, ibu pun tak sangka itulah lelaki yang berjaya buat anak ibu menangis. Ingatkan sedih tinggalkan universiti, rupa-rupanya sedih tinggalkan Zubair ya..."
Safa termalu sendiri. Syukurnya dipanjatkan kepada Ilahi kerana menganugerahkan pertemuan yang indah ini.

"Ni ada surat dari Zubair. Umi Zubair yang sampaikan ke ibu. Dia minta ibu sampaikan ke Safa."

Bismillah hir rahmanirrahim,
Sungguh aku bersyukur dengan jalan jodoh kita. Safa, kemungkinan ketika kita berada di universiti suatu ketika dahulu, aku kurang mengetahui akan perihalmu. Namun, dalam diam aku mengagumimu, seorang yang sentiasa menjaga batas pergaulan dan auratmu. Sebenarnya, di hari graduasimu, aku sengaja hadir ke situ untuk memberikanmu sekeping warkah. Warkah untuk menyatakan isi hatiku sebenarnya namun aku terlewat tiba. Khabaran umiku akan dirimu membuatku menangis syukur. Alhamdulillah..aku bersyukur kerana Allah telah menetapkan Safa untukku, sebagai pelengkap rusuk kiriku. Izinkanku untuk membimbingmu hingga ke Jannah.
-Zubair-

#iluvislam.com

Comments

  1. Assalamualaikum wbth...

    Salam perkenalan dari
    TiranaAduka...
    Selaku blogger baru ...memohon maaf atas kehadiran di blog ini.....tanpa diundang...maaf dari Tirana..

    From TiranaAduka.....: Sakit Itu penghapus Dosa..

    Jemput singgah blog saya.....jika ada kelapangan dari anda.....

    Wasalam..
    Ikhlas,
    TiranaAduka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tahun baharu?

Cara Beli Kilo Bagasi Setelah Beli Tiket Flight

Mindset or typical?