Wednesday, 1 August 2012

Nota Asas Puasa Ramadhan


PUASA RAMADHAN

Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan keatas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang yang bertakwa”.

Bersabda Rasullah s.a.w. maksudnya, “Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana didororong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran, maka akan diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah lalu”.

MAKSUD PUASA 


HUKUM BERPUASA

Berpuasa pada bulan ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.

SYARAT WAJIB PUASA

1.      Islam
2.      Akil baligh.  Tidak wajib puasa ke atas orang gila dan kanak-kanak yang belum baligh.
3.      Suci dari haid dan nifas.
4.      Tinggal tetap/bermukim (tidak bermusafir).
5.      Mampu untuk berpuasa (orang yang lemah atau sakit tidak wajib berpuasa)

SYARAT SAH PUASA

1.      Beragama Islam.  Orang kafir tidak sah puasanya.
2.      Suci dari haid dan nifas.
3.      Telah mumaiyiz bagi kanak-kanak (tahu membezakan yang mana baik dan buruk).
4.      Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa (bukan pada hari-hari yang diharamkan).

RUKUN PUASA

1.      Niat diwaktu malam harinya bahawa esok ia hendak mengerjakan puasa.
2.      Menahan diri dari makan dan minum, bersetubuh serta segala perbuatan yang   membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

PERKARA SUNAT DILAKUKAN KETIKA BERPUASA

1.     Menyegerakan waktu berbuka.
2.     Berbuka dengan buah kurma atau air susu atau sesuatu yang manis.
3.     Melewatkan waktu makan sahur.
4.     Menjauhi perbuatan yang tercela dan perkataan yang sia-sia seperti berdusta, bergaduh, mengumpat, membuat fitnah dan memperkatakan akan keaiban orang lain.
5.     Mengerjakan solat terawih secara berjemaah diwaktu malamnya (Ramadhan).
6.     Bertadarus (membaca) al-Quran pada tiap-tiap malam Ramadhan.
7.     Membanyakkan berdoa, berzikir, berselawat dan beristighfar diwaktu malamnya.
8.     Ber’iktikaf dimasjid terutama pada malam 10 malam terakhir Ramadhan.
9.     Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
10. Menyediakan makanan untuk orang-orang yang hendak berbuka berpuasa.
11. Mengawal diri dari mengikut perasaan dan hawa nafsu.

PERKARA MAKRUH DILAKUKAN KETIKA BERPUASA

1.     Berkumur atau menggosok gigi selepas gelincir matahari.
2.     Bercakap kosong dan sia-sia atau mengeluarkan perkataan yang kotor.
3.     Merasa makanan dengan lidah.
4.     Melihat pada gambar-gambar yang berunsur maksiat atau melihat pada pendedahan aurat.
5.     Berbekam (mengeluarkan darah kotor dari badan melalui kaedah sedutan)
6.     Memakai bau-bauan atau mencium bauan.
7.     Tidur sepanjang hari dengan tidak melakukan apa-apa kerjapun.
8.     Berbuka dengan memakan terlalu kenyang.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1.    Makan dan minum dengan sengaja.
2.    Bersetubuh dengan sengaja disiang hari.
3.    Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut.
4.    Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hiding, telinga dan sebagainya.
5.    Bersalin.
6.    Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja.
7.    Kedatangan haid bagi perempuan.
8.    Mengeluarkan mani dengan sengaja di waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya.
9.    Murtad.

 HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA

1.    Berpuasa pada hari raya Aidil Fitri (1hb Syawal)
2.    Berpuasa pada hari raya Aidil Adha (10 Zulhijjah).
3.    Berpuasa pada hari-hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 zulhijjah.

HIKMAH BERPUASA

  1. Berpuasa dapat melatihkan diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan Allah
  2. Berpuasa dapat menahan diri dari mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan
  3. Berpuasa dapat menginsafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah
  4. Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat dan rezekiNya kepada kita
  5. Berpuasa dapat mendidik jiwa untuk mentaati segala suruhan Allah serta suruhan yang lain-lainnya
  6. Berpuasa dapat menyucikan diri dan dapat meninggikan tahap keikhlasan hati
  7. Berpuasa dapat melatih diri supaya bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah terhadap kita
  8. Berpuasa dapat melatih diri agar menjadi seorang yang amanah berpuasa dapat memelihari diri dari terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa
  9. Berpuasa dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong-menolong sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang melarat dan sebagainya
  10. Berpuasa dapat menyihatkan badan dan melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin
  11. Berpuasa dapat menguatkan keimanan kita terhadap Allah
  12. Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mangharapkan keredaan Allah maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu
  13. Berpuasa dapat menimbulkan perasaan insaf dan belas kasihan orang-orang kaya terhadap golongan miskin yang sentiasa hidup menderita kelaparan dan dahaga

#selamat berpuasa =)

0 voices:

Post a Comment

Sebarang komen/cadangan/teguran/pendapat dipersilakan ..
Dilarang mencarut/meletakkan perkataan yang tidak sepatutnya ..
Terima kasih ..

All Rights Reserved. Knowledge sharing. Credit to all bloggers. Thank you.