Thursday, 30 August 2012

Tinta sahabat karib ayahku : Ustaz Mad Nawi

  

"Bila ditatap potret ni maka terkenanglah kisah lalu
kisah yang membuka helaian baharu dalam hidupku
saat-saat indahnya menuntut ilmu
ilmu yang melayakkan seseorang itu mampu bertarung dengan jin
ilmu yang menghampirkan kita kepada Maha Pencipta
Ustaz Ku amat banyak mencurahkan ilmu kepada kami
cuma tidak ramai dari kalangan kami yang semampu beliau

sikap beliau yang suka membantu
tidak kira darjat dan pangkat
cepat mesra dan mudah diajak bicara
tidak mudah melenting atau marah

kehidupan beliau amat simple
tidak suka bermewah dan bergaya
meskipun beliau layak untuk itu

jasa beliau kepada kami
banyak dan sukar berbalas
kami doakan beliau
anak-anak dan isteri
sentiasa dilindungi Allah
dan memberkati segala ilmu yang dititiskan kepada kami.."
 
All Rights Reserved. Knowledge sharing. Credit to all bloggers. Thank you.