cantiknya dia!


Senyuman itu dilemparkan seikhlas mungkin. Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Subhanallah! Cantiknya wanita yang tertutup itu. Walaupun hanya isyarat mata sahaja yang menandakan bahawa dia tersenyum, tapi ianya seakan memberikan ketenangan yang amat sangat. Sehelai purdah yang menutup wajahnya menyatakan bahawa dia seorang muslimah sejati. Ketakwaan yang sudah terbukti. Sosok itu cukup mengagumkan.
Dia tidak bergaya. Tidak berfesyen segala. Tapi, dia jelas kelihatan cantik walaupun dalam busana jubah dan jilbab. Kenapa dia kelihatan cantik sedangkan wajahnya tertutup dan bentuk badannya juga langsung tidak kelihatan?
Kerana waktu itu kita tidak memandang kecantikan luaran sebagai ukuran tetapi kita melihat peribadi seorang muslimah Islam. Walaupun masih beribu berjuta wanita yang cantik dengan Loreal, Maybelline, Bobby Brown dan sebagainya tapi yang cantik akhlak itu tidak berjuta.
Boleh jadi satu dalam seribu.
Ini, dunia akhir zaman. Ini, dunia yang penuh dengan kepura-puraan. Jadi, mana lagi dapat dilihat wanita seperti itu? Wanita yag menjunjung perintah Tuhan dengan rasa penuh tawaduk tanpa menunggu 'keikhlasan' datang untuk berubah. Sebab berubah itu tidak menunggu ikhlas. Ianya antara mahu atau tidak.
Sungguh, tiada lagi kata-kata yang dapat menggambarkan peribadi seorang wanita solehah itu.

Sabda Rasulullah: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim)

Subhanallah! Sedangkan Rasulullah sendiri bersabda sedemikian, apatah lagi manusia yang memandang? Betullah, kecantikan yang sebenar itu terlihat pada tutur kata yang berhikmah, akhlak yang indah, iman yang tidak goyah dan batas pergaulan yang dijaga rapi.
Ya Allah, dekatkanlah hati-hati kami supaya kami juga termasuk dalam golongan wanita seperti ini. Sesungguhnya tiada impian setinggi ini. Impian untuk menjadi wanita yang sentiasa dirahmati Allah. Insya-Allah.
#iluvislam.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tahun baharu?

Cara Beli Kilo Bagasi Setelah Beli Tiket Flight

Mindset or typical?