Tuesday, 14 August 2012

Segalanya Berjalan Lancar


Alhamdulillah..harini kurasa segalanya berjalan dengan lancar sekali..er?apa yang lancar sangat tu??
hehe, xdelaa, bermula dari waktu sahur, tempoh untukku menghabiskan makanan teramatlah kejap, tup-tup dah habis, malas??taakkk, cuma dirasakan tangan ni laju je gerak melangsaikan makan minumku..hihi
 Lepas je sahur tu, kurenung laptop yang berada di sebelah katilku..
"hmm,nak wat apa ye?dengar lagu?malas...update blog??pun malas.."
last2 kucapai draft buku rawatan alternatif dalam islam..setiap helaian kubelek satu persatu..
terasa ada kekurangan~
bila difikirkan balik, oppss....xde wat part "SUMBER RUJUKAN" dan "MUKA SURAT"..
hahahha!terasa lucu plak, isi2 buku ni dah ok dah, sekali tgk xde muka surat daaa :D
Lantas pen dan kertas bersaiz A4 yang berada di meja printer kucapai dengan segera..

***
Selesai menunaikan solat subuh, ku berfikir sejenak..
"eh?harini ada nak p mana2 ke?kerja....sudah tentu, tp kerja tu mula jam 1 ptg.."
fikir punya fikir, last2 terlelap kat atas sofa yang terletak di sudut bilik bujangku..heheheheh..
rupanya xde pa nak dibuat pagi ni, apa lagi yang kufikir hanya tugasku menyiapkan buku rawatan ayahku ini untuk diterbitkan..
*alhamdulillah, dah siap pn wat buku tu*

***
Tepat jam 12 tengahari, persiapan untuk ke tempat kerja segera kubuat, takut terlewat sampai habis aku..seperti biasa akan kunaiki bas untuk sampai ke sana, *lesen memandu tu ada, tp x kena suruh drive..huhuhu memakan masa 1 jam jugak la sebab memerlukan 2 bas untuk ke tempat pencarian rezekiku..hehehe..ntah kenapa, harini jalan x berapa jam, lancar je jalan raya..x seperti hari2 sebelum ni, almaklumla..kan nak raya, so ramai yang berhabis-habisan membuat persiapan itu ini..betul x??hihi
Aku tidak berasa sedikitpun lapar mahupun dahaga, x macam selalu..muka asyik masam je sebab lapar..hohoho

***
Sewaktu pulang kerja jam 5 petang, bas yang kunaiki sangatlah banyak tempat duduk yang kosong, hmm..mungkin rezekiku lah jugak kan, sebab sebelum ni memang aku terpaksa berdiri selama 1 jam untuk sampai ke rumah..lenguh la jugak kaki ni, tapi apakan daya..harini syukur betul dapat duduk..hehehehe

#Ustazahku sering berpesan, "rajin-rajinlah kamu amalkan membaca ayat 1000 Dinar, insyaallah rezeki kamu akan diluaskan"


Pesanan ustazah seringku ingat sampai sekarang, dan bila-bila pun..memang terbukti banyak kelebihannya membaca ayat 1000 dinar ni..jom tengok ni..

Hikmah Ayat 1000 Dinar:
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya Allah akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
haaa, kan?? best x?? apa pn, NAWAITU LILLAH TA'ALA ye ^_^
sekian untuk kali ini, yang baik itu datang dari Allah SWT..dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri..wallahu alam~ 
SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN yang BAKAL TIBA..
SALAH & SILAP PEMILIK BLOG HARAP DIMAAFKAN eh..



5 comments:

  1. tq berkongsi ye!. terimakasih sudi follow KA n dah follow u back ye dear 124 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 =) hehehehe
      terima kasih g sbb sudi follow ieyna94
      jasamu dihargai..
      cewwaahhh gituuu ^_^

      Delete
  2. bole copy paste ke ni ieyna..heheh...
    makaseh fren...jasa mu dihargai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe, boleh je azie :D
      dipersilakan~

      Delete

Sebarang komen/cadangan/teguran/pendapat dipersilakan ..
Dilarang mencarut/meletakkan perkataan yang tidak sepatutnya ..
Terima kasih ..

All Rights Reserved. Knowledge sharing. Credit to all bloggers. Thank you.