Tuesday, 28 August 2012

Pesanan Prof Dr Muhaya

Renungan untuk pagi nan indah ini ..
Apabila bangun dari tidur tadi lihat emosi kita. Jika tidak bersyukur dan gembira dan tenang, lihat pada diri dan amalan. Jika kita banyak dosa dan banyak buat salah pada orang lain dan ada mengambil hak orang lain bagaimana kita akan rasa tenang dan bahagia. Jom mulakan hari dgn merenung diri dan lihat hubungan dgn Allah dan dgn manusia. Jika ada di dalam hati kita perasaan negatif pada sesiapa dan dalam keadaan degil pada Allah jom ubah. Kaum wanita sekalian jom jaga aurat dan pergaulan. Jangan tertipu dgn amalan baik kita menolong orang sedangkan kita menzalimi diri dengan ingkar pada Allah. Setiap minit kita keluar bekerja dgn mendedahkan aurat bayangkan malaikat mencatit dosa. Lihat cermin hari ini dan bercakap pada diri kita bagaimana kita selamatkan diri kita dari api neraka yakni bagaimana kita menjalani hari kita dari segi fikiran emosi dan tindakan kita dan hubungan kita dgn Allah dan manusia ..
Semoga kita beroleh manfaat, insya allah, aamiin~

0 voices:

Post a Comment

Sebarang komen/cadangan/teguran/pendapat dipersilakan ..
Dilarang mencarut/meletakkan perkataan yang tidak sepatutnya ..
Terima kasih ..

All Rights Reserved. Knowledge sharing. Credit to all bloggers. Thank you.