Friday, 3 August 2012

solusi :: "Aku nak berubah..tp,bagaimana....??"


Mengubah Diri Anda

“Jika anda ingin melihat perubahan pada dunia ini, mulakan dengan perubahan DIRI ANDA”

Sekiranya anda mengubah diri anda, seluruh perkara di dalam dunia ini juga turut mengalami perubahan secara tidak langsung kerana kita dan yang lain adalah berhubung kait secara langsung dan tidak langsung.

Permasalahan yang mungkin berlaku jika anda cuba untuk mengubah orang lain tanpa mengubah pada diri anda ialah ANDA TETAP DIRI ANDA. Apabila anda mengubah yang lain, diri anda masih seorang yang negatif, pemarah, sabotaj-diri dan lain-lain perkara yang tak baik masih berada pada diri anda.
“Ubahlah diri anda, perkara/orang disekeliling anda akan turut berubah”

Anda Menguasai Diri Anda Sendiri

“Tiada siapa yang mampu mengubah hidup anda, melainkan anda mengubahnya sendiri”

Semua perkara yang berlaku di dalam hidup anda adalah bergantung kepada persepsi anda. Sama ada anda ingin menerima hal itu secara POSITIF atau NEGATIF. Anda berkuasa untuk menentukannya, orang lain tidak mempunyai kuasa atau hak LANGSUNG untuk menentukannya melainkan diri anda sendiri. Mereka hanya mampu memberi pandangan, tetapi diri anda yang menentukannya.
Tanpa Bertindak Anda Tidak Akan Kemana-mana


“Usaha yang sedikit adalah lebih baik daripada seribu doa”

Tanpa mengambil tindakan walau sedikit tidak memberikan apa-apa perubahan kepada diri walau seribu doa dipanjatkan untuk berjaya

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11)

"ILMU hanya pengetahuan yang diperoleh, KEFAHAMAN dan HASIL pengetahuan akan hanya diperoleh apabila anda mulai BERTINDAK"

Oleh itu, untuk mencapai apa yang anda inginkan, memperoleh kefahaman tentang diri anda dan seluruh alam ini, anda perlu BERTINDAK. Ilmu hanya memberikan anda pengetahuan sahaja, anda perlu bertindak untuk menjadikan ilmu itu satu kefahaman dan memberikan hasil kepada hidup anda.

“Mulakan TINDAKAN yang kecil dan KONSISTEN anda pasti BERJAYA”

Fokus Kepada Apa Yang Anda Perlu Lakukan SEKARANG.

“Esok adalah angan-angan, semalam adalah sejarah, hari ini adalah peluang untuk kita ambil dan mengubah kepada yang lebih baik”

Perkara yang terbaik supaya kita sentiasa dapat meneruskan setiap usaha yang kita lakukan adalah sentiasa memikirkan solusi pada setiap masalah yang sedang berlaku sekarang. Kebanyakkan daripada kita terlalu takut dengan perkara bakal berlaku pada masa akan datang, “takut tak diterima pandangan”,”takut orang tak suka”,”takut tak ada masa”,”takut tak ada duit”.

Perkara-perkara seperti ini selalunya yang akan menghalang, melemahkan semangat kita untuk berusaha dan sukar membuat keputusan dalam hidup. Sekiranya anda ingin berjaya atau membuat apa sahaja keputusan dalam hidup, fikirkan tindakan yang mampu anda lakukan SEKARANG untuk merealisasikannya. Biar usahanya kecil tetapi tetap konsisten ke arah apa yang kita mahukan.

SIMPTOM anda akan BERJAYA; Pertama, anda akan dipulaukan/dijauhi, kemudian anda akan ditertawakan, selepas itu anda akan dimusuhi, dan yang terakhir anda akan BERJAYA”

Sentiasa mencari kebenaran dalam hidup adalah satu perkara yang tersangat mulia. Anda adalah lebih baik daripada mereka hanya menerima sesuatu perkara bulat-bulat tanpa menganalisanya secara kritikal atau kita gelarkannya ‘Pak Turut’.

Sememangnya anda akan kelihatan tidak konsisten dimata mereka kerana sentiasa berubah-ubah pandangan sedangkan mereka tidak tahu bahawa anda sentiasa mendapat ilmu dan kefahaman yang lebih baik setiap masa. Sekiranya anda tidak berada didalam keadaan ini, andalah yang digelar sebagai ‘Pak Turut’ atau mungkin sedang berada dipihak yang salah.
Apabila anda melihat sesuatu yang tidak harmoni pasti ada sesuatu yang tidak baik didalamnya. Carilah kebenaran anda pasti jumpa jawapannya. Memilih jalan hidup untuk sentiasa mengubah diri kepada keadaan yang lebih baik adalah satu tindakan yang berguna untuk diri dan seluruh umat manusia. Semoga usaha anda diberkati.
-motivasi pagi-

2 comments:

  1. Doakan TiranaAduka


    Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika kita sendiri tidak mengubahnya...


    From TiranaAduka.....: TiranaAduka Di Alam Maya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, btl tu....
      terima kasih daun keladi sbb sudi baca entry sy ^_^

      Delete

Sebarang komen/cadangan/teguran/pendapat dipersilakan ..
Dilarang mencarut/meletakkan perkataan yang tidak sepatutnya ..
Terima kasih ..

All Rights Reserved. Knowledge sharing. Credit to all bloggers. Thank you.