Tinta sahabat karib ayahku : Ustaz Mad Nawi

  

"Bila ditatap potret ni maka terkenanglah kisah lalu
kisah yang membuka helaian baharu dalam hidupku
saat-saat indahnya menuntut ilmu
ilmu yang melayakkan seseorang itu mampu bertarung dengan jin
ilmu yang menghampirkan kita kepada Maha Pencipta
Ustaz Ku amat banyak mencurahkan ilmu kepada kami
cuma tidak ramai dari kalangan kami yang semampu beliau

sikap beliau yang suka membantu
tidak kira darjat dan pangkat
cepat mesra dan mudah diajak bicara
tidak mudah melenting atau marah

kehidupan beliau amat simple
tidak suka bermewah dan bergaya
meskipun beliau layak untuk itu

jasa beliau kepada kami
banyak dan sukar berbalas
kami doakan beliau
anak-anak dan isteri
sentiasa dilindungi Allah
dan memberkati segala ilmu yang dititiskan kepada kami.."
 

Comments

  1. [REPLY daripada Ustaz Ku Othman] buat ust. Nawi,
    Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
    bila ditenung wajah ini, teringat daku di masa yang lalu..ketika mana kita berdua bersama-sama membantu orang ramai dan merawat serta memberi khidmat nasihat kepada mereka, di mana daku pergi, di situ ada wajah ini..wajah yang mengingatkan kenangan lampau detik lara, pilu, sedu, manis, semasa dulu. Kekadang termimpi daku bersama wajah ini merawat pesakit dirasuk hantu dan pesakit yang memerlukan bantuan dan rawatan. Rupa-rupanya mimpi mengganggu daku ketika daku melabuhkan tirai malam. Semoga Tuhan sahaja membantu wajah ini ketika wajah ini bersama daku semasa di sabah dahulu..mudah-mudahan allah memberi rahmat, keselamatan, hidayah, berkat dan kesihatan kepada wajah ini dan keluarganya..aamiin..ukhuwah fillah abadan abada..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...manusia yang punya ilmu agama yang baik, tak akan pernah mendabik dada kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa, betul tu KY ^^
      ilmu agama sgt2 pnting dlm kehidupan kita..
      apa2 pn, thnks ya sudi singgah & komen & follow sy, hihi

      Delete
  3. Assalamaulaikum wbth......
    syukur masih ada insan yang berhati mulia........

    ReplyDelete
  4. kalau sudi.e mailkn alamat surat ina kt sana.ada sesuatu ta nak bg. Huhuhu

    tiranaaduka@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tahun baharu?

Cara Beli Kilo Bagasi Setelah Beli Tiket Flight

Mindset or typical?