Sedikit perkongsian- Tarbiyah Ruhiyah

Assalamu'alaikum warahmatullah
(buat sahabat sahabiah yang dikasihi Allah sekalian..
Harini sy nak share sedikit perkongsian yg sy dpt waktu smart circle td

Politik ni sebenarnya urusan sesama manusia antara satu sama lain, kira mcm ni politik kecil je, so jgn kata "ish,politik lah sangat,aku taknak masuk campar hal politik tu semua!"
"..ahh,politik tu urusan diorang je, orang2 besar.."
Dah klu kita kata mcm tu, mksudnya kita taknak ambik tahu pasal org2 di sekeliling kita la kan? for instant jiran2, saudara-mara..btl x? haa, so? yg politik besar tu barula melibatkan negara ok.

Tarbiyah = Pendidikan/latihan

Tarbiyah dlm Islam ni haruslah:
1.Bersifat KETUHANAN: contohnya, klu kita nak keluar jalan2 tu boleh, asalkan solat fardhu jangan ditinggalkan & jaga aurat misalnya, haa ni la yg dikatakan bersifat ketuhanan kerana ada diterapkan unsur2 yg menunjukkan kita ni hamba Allah.
2.Melaksanakan syariat Allah.

Tarbiyah yg paling utama & paling tinggi dalam hidup kita adalah Tarbiyah Imaniyah (Pendidikan Keimanan).

Tarbiyah seterusnya adalah Tarbiyah Jasmani, contohnya ibubapa mengajar anak2nya supaya pandai BERENANG, MEMANAH & BERKUDA. Ketiga2 aktiviti sukan ni adalah sunnah Rasulullah SAW. Boleh je buat aktiviti lain, asalkan bersifat ketuhanan & melaksanakan syariat Allah seperti yg sy dah jelaskan kt atas tu.

Seterusnya Tarbiyah Kemasyarakatan, contohnya kita memuliakan jiran tetangga kita, jangan sampai mereka sakit hati dengan kita, rajin2kanlah bertegu sapa sesama jiran ok! hehe

Then, Tarbiyah Akal, yang mana amat berkait rapat dengan pemikiran kita. Umat Islam ni kena rajin berfikir, jgn main bantai je buat suatu perkara tu.

Last but not least, Tarbiyah Ruhiyah (Pendidikan Rohani), yang ni amatlah berkait rapat dengan Tarbiyah Imaniyah ok, di mana ia mendidik diri kita utk mentaati perintah Allah SWT. Tujuan manusia diciptakan ni untuk beribadah kepada Allah di samping menjadi khalifah di muka bumi ni.

"haa?apa tu khalifah??x penah pn dengar.."
Khalifah ni adalah kumpulan atau golongan yang meletakkan Islam di tempat yang sebenar, kerana ISLAM seharusnya menguasai dunia. Cuba kita tengok sekarang sape yg kuasai dunia? ......

Selalu kan kita dengar WAWASAN 2020? Wawasan umat Islam yang sebenarnya adalah lebih jauh daripada tu, iaitu WAWASAN AKHIRAT!
Sepatutnya kita perlu meletakkan semangat cintakan agama yang paling atas, barulah diikuti semangat nasionalisme (semangat cintakan bangsa). Ubah persepsi tu k!

Berikut adalah step2 untuk mencapai title "ISLAM MENGUASAI DUNIA" :
1.Pembentukan individu muslim (Tarbiyah Ruhiyah)
2.Baitul Muslim
3.Masyarakat Muslim
4.Pembebasan tanah air
5.Daulah Islamiah (Negara Islam)
6.Khilafah Islamiah
7.Islam menguasai dunia!!!

Cara2 nak Tarbiyah Ruhiyah:
1.Muroqobah (dekatkan diri dengan Allah)
2.Mu'ahadah (ingat janji kita dengan Allah, iaitu utk menjadi khalifah & beribadah kepada-Nya
3.Muhasabah (penghitungan diri)
4.Mu'aqobah (hukum diri kita, contohnya kalau buat salah terus solat taubat, belanja kawan etc.)
5.Mujahadah (bersungguh-sungguh)

Mujahadah ni ada 4 :
1.Ber'uzlah (cari masa bersendirian antara kita dgn Allah)
2.Diam
3.Berjaga malam (Qiamullail)
4.Berlapar (puasa)

"Nafsu kita sebenarnya dapat dididik dengan kelaparan, iaitu dengan berpuasa.."

Antara amalan2 sunat yang lazim dibuat:
1.Qiamullail
2.Solat sunat rawatib
3.Baca al-Ma'thurat
4.Baca al-Quran
5.Baca surah2 lazim seperti surah ar-Rahman & al-Mulk
6.Solat sunat Dhuha
7.Berzikir, selawat
8.Puasa Sunat

p/s: Jangan terlalu mengejar amalan2 sunat sehingga amalan yang fardhu ditinggalkan/dilengahkan!

Sekian, segala yang baik itu adalah datang drpd Allah, yg buruk itu dari diri sy sendiri walaupun hakikatnya kedua2nya adalah datangnya drpd Allah SWT. 



Comments

  1. Assalamualaikum wbth ....
    melawat orang yg di perantauan.....
    agaknya sudi lagi tak nak singgah tempat TA tu...
    hehehehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tahun baharu?

Cara Beli Kilo Bagasi Setelah Beli Tiket Flight

Mindset or typical?