Tuesday, 31 October 2017

Cara Beli Kilo Bagasi Setelah Beli Tiket Flight

Assalamualaikum and hi!

Dah beli tiket flight tapi terlupa nak purchase kilo bagasi? Tak pun, family kau tiba-tiba last minit pesan suruh bawak balik sekian-sekian tapi kau dah beli tiket tanpa kilo?

Jangan risau, solusinya, kau still boleh beli kilo bagasi kau tu as long as masa kau beli tiket flight haritu kau ada log in ke air asia account.

So klu haritu ada log in, kalini kau cuma perlu log in semula ke akaun tu dan pergi ke Manage My Booking air asia.

Senarai harga kilo bagasi adalah seperti berikut:


Macam mana pula kalau kau tak ada log in langsung masa beli tiket flight haritu? Apa perlu buat? Nak gelabah? Haa, pun jangan risau. Kau still boleh beli kilo tersebut tanpa perlu call staff air asia, hanya perlu chat sahaja dengan staff mereka secara online!

Caranya, kau buka link ni (air asia live chat) kemudian klik Contact us 24/7 via Live Chat kat belah kanan.

Then akan keluar macam ni:

Masa kau nak isi benda ni, kau kena rujuk tiket flight yang kau dah beli haritu, contoh: booking number, flight number, etc.

Kau isi semua butiran tu, kemudian bawah sekali klik Start Chat.


Tapi sebelum tu, make sure kau ada account air asia tau. Kalau belum ada, kau boleh sign up kt [sini].

AMARAN:  
Kau kena tunggu sampai turn kau sampai baru kau dapat chat dengan staff tu haha!

Semasa chat dengan staff air asia, mereka akan tanya apa yang boleh mereka bantu sekian-sekian. Kau cakap lah kau nak beli kilo bagasi, tapi masalahnya kau dah terbeli tiket flight tanpa log in ke air asia account bla bla (usually the staff will speak in english). So nanti staff tu akan minta emel akaun air asia kau yang kau guna masa nak log in. Then, diorang akan link booking number tu ke akaun air asia kau lah, so kau dah boleh beli kilo bagasi melalui akaun air asia kau dan pergi ke Manage My booking macam kat atas saya cakap tu.

Cara kedua: Kau boleh pergi (walk in) ke kaunter pembelian tiket air asia, cakap nak beli kilo. Syaratnya, kau kena beli kilo tersebut dari tempoh 4 jam sebelum berlepas (original flight departure time). Nanti staff air asia akan minta booking number semasa pembelian.

Siap! You may leave your comment below if you get any inquiries, I will reply ASAP, thank you! 

Key point: beli kilo luggage, kilo bagasi, how to purchase kilo luggage after purchasing ticket, lupa beli kilo air asia, cara beli kilo air asia






Tuesday, 10 November 2015

Mindset or typical?

Assalamualaikum and hi!
Dah lama tak update blog, so rasa macam ada quite ganjal (baca: janggal) sikit la hehehe..
Kt kk ni dah 4 hari berturut-turut hujan lebat, jalan raya tak payah cakap la, kaw2 jam, yelah sebab ada beberapa kawasan yang banjiaaqqq tak kata la....
Anyway, aku nak cakap pasal...pasal apa? Guess what? Siapa betul aku bagi ferorororororoshey *mengarut*
Actually aku pelik dengan segelintir orang melayu ni, sesama melayu pun susah sangat nak hulurkan bantuan if ada incident ke or what so ever yang berlaku di kawasan public. Yg diorang tahu, snap picture sana sini, ewahh..partime paparazzi ke? kalau tak pun, pointing jari telunjuk diorang and be like "eh tengok orang tu, siapa tu? Kesiannya dia..kesian kan"
Whatttt??
Yg ada datang membantu pun kaum lain. Come on guys, apa ni? Malu lahh..
But yesss, bukan semua melayu macam ni kan. Cuma boleh dibilang dengan jari la berapa ramai je yang berhati perut nak tolong. Kenapa? Takut orang tu penjenayah? Kau anggap itu taktik dia lah untuk memulakan jenayahnya sampai minta tolong bagai? *rolling my eyes* agak la sikit kau nak pikiaqq negatif kat dia, safety caution is a must, but it should be suitable with the surrounding.
"Eleh ye ye je kau nak nasihat bagai, ape kau melayu yang baik ke? Ikut suka la orang tu nak tolong ke tak, you do not have any right pun la to judge people towards their behaviour.."
Yeap mulut manusia sememangnya macam pelangi, ada macam tu ada macam ni, dan tak boleh nak tutup pun kan. Aku cuma nak utarakan pandangan je..
Btw incident ni betul2 berlaku tau! Bukan aku suka suki karang cerita.
Last but not least, satu je aku nak pesan. Do not be too egoist, maybe masa tu adalah hari dia, esok2 sape tahu kau pulak yang kena kan? Ringan2 kan sikit tangan tu, jangan mulut aje yang nak ringannye ye dok? Bantu membantu amalan mulia right? Tak kisahla dia kaum apa pun.
Ikhlas from me, no offense intended seriously. Peace and assalamualaikum!

Saturday, 15 June 2013

Things that bring about the Love of Allah

Ibn Qayyim (rahimullah) said that there are ten things that bring about the Love of Allah (SWT).

1. Recitation of the Quran with reflection and with understanding of its meanings.
2. Seeking closeness to Allah by performing voluntary deeds after having performed obligatory ones, for that leads one to the highest levels of love.
3. Remembering Allah during every situation- with one's time, heart and deeds....one's share of that love is to the degree of one's share in that remembrance.
4. Preferring what He loves to what you love when your desires are strong.
5. Allowing your heart to reflect on His Names and Attributes.
6. Reflecting on His many favors and blessings, both the apparent ones and hidden ones, for that leads to His love.
7. Having your heart softened as it is worshipping Allah.
8. Being alone with Him in worship when He descends during the last third of the night. And this means to invoke Him, to recite His Speech, to stand with all sincerity and with good manners and with good submission, and then to end that with repentance and with seeking His forgiveness.
9. Sitting with those who are truthful in their love of Allah.
10. Staying away from all that creates barriers between the heart and Allah.

Keep smile ツ
 
 

Monday, 6 May 2013

Tanda-tanda 100 hari sebelum kematian


Assalamu'alaikum semua
Ce senyum sket ツ


So today sy nak share kt korang2 sume spt yg dinyatakan dlm tajuk entry kt atas tu haa
Lets move to the point, as we know 
tanda-tanda kematian menurut ulama adalah benar dan nyata, hanya amalan dan ketaqwaan kita saje yang akan dapat membezakan kepekaan kita terhadap tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan, masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hingga akhir hayat Baginda.


However *jeng jeng jeng*

Semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu deme yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.



Nak tau ape tanda2nya? Jom scroll sket ke bawah


100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh those yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, cume apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari hujung rambut sampai ke hujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging lembu/kambing yang baru disembelih, di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas 'Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mula mengikuti kita sepanjang waktu.

Mungkin juga terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

3 Hari Sebelum Hari Kematian

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Okay?

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Sebelum Hari Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Allah!

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap 2 kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahu a'lam.


Semoga kite dpt ambik iktibar lah ye 




Okay? Salam warahmatullah.



Saturday, 30 March 2013

Mana Mak?

Sebuah cerita yang penuh pengajaran untuk dikongsi bersama

Sumber: Mukabuku

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saturday, 9 March 2013

"do not follow the steps of shaitan..."

"I felt something was wrong"
This is the sentence that kept repeating in my head over and over again since I heard it from my friend.
It was the answer she gave me that day when I asked her:
"why did you stop posting and commenting in our facebook group?"
At that moment she just replied:
"I felt something was wrong! I was wondering why it is happening to me!"
I was asking myself : how can I be too shy to look directly into the eyes of any of my male classmates and lower my gaze in front of him....but then, on this mixed group, I talk to him normally as if he is a closed friend of mine?! We exchange comments and likes ...we even crossed the limits and started to crack jokes and be intimate to one another many times. There, I am not able to control myself as I am spontaneous in nature!

Little by little, I started to feel that they (my male classmates) get used to the way I deal with them. I started to feel that there is a contradiction between:
my image in university, in one hand, where I am walking lowering my gaze, wearing my full Hijab and don’t talk to anyone of them except with Hayaa (shyness) and if there is a real necessity to do so,
and between my image in internet in that group, in another hand, where I deal with them as if they were close friends and cross limits by joking and laughing with them.
So, when one of the sisters pointed out this subject and waked me up, I was wondering why no one of my female friends in the group has never attracted my attention to that before?!

Then, I found out the answer to my questions: no one attracted my attention to this subject before because they never considered it (mixing with our male classmates and being intimate with them) something wrong.
For them, it is totally the opposite, they like it!
They would say that "we are all classmates"… "it is normal that we deal with each other" …. "We are all respectful", etc …
At that point, I became so confused!! Who is wrong and who is right?! By being in this group, should I be "open-minded" and "cool" or should I put limits in my relationship with my male classmates?!
If I put limits between me and them, would I be "extremist" or would I be on the right path?!

To find an answer for my questions, I decided to go back to my "Book of Instructions" (Qur’an) to which I always go back whenever I feel I am going astray.
And I found what I was looking to in Ayat 32 of Surah Al-Ahzab: "be not soft in speech, lest he in whose heart is a disease (of hypocrisy, or evil desire for adultery, etc.) should be moved with desire"
and also Ayat 21 from Surah An-Nuur :"do not follow the steps of shaitan".
On that basis, I reconsidered my actions… I realized that I don’t have to be friendly to all people just because I have a social personality. I also realized that no men should be intimate with me especially that we are young. Shaytaan deceives people and opens the way that leads them to sin. He mixes things that are acceptable with things that are not acceptable, and mixes truth with falsehood. He comes to each person through something that is suited to them.
Personally, I witnessed many situations where someone gets attached to an "internet personality".
So, as I am so spontaneous and I can neither control my comments nor leave facebook definitely, I decided to leave that mixed group and focus on my facebook page to which I add only my sisters.
There we can joke, laugh and talk freely! And I prayed that Allah protects me from the evil of Fitnah, keeps me away from it and draws me closer to what pleases HIM.

After taking that decision, I became so relieved! All praises to Allah because I won the battle against my Nafs and slam the door in the face of shaytan, a door of fitnah which was wide open, just to please my Lord.
From that day, I became more aware of any comment I write. I check first to whom and what I write before posting it and check if it is really necessary to write it or not.
From now on, I deal with the brothers on facebook with my real personality not my facebooker personality!
Good company was the real strength which helped me to stop following that way and Duaa was my real weapon!
Alhamdulillah ♥
 

”How can I be that kind of Muslimah...."

Google picture
Dear sister

When you say to a Muslimah : “be pure, be chaste! Be committed to your Hijab and Deen, preserve your heart for your husband!”
She would say:”how can I be that kind of Muslimah?!
Don’t you see all these girls around me not wearing Hijab?! Don’t you see all these girls around me having boyfriends?! I am really tired of trying to be different from them?! It is difficult to choose the opposite path as them!”
This is the answer for that :” dear sister, you said you are tired to be different and that it is difficult to follow the right path and you’re absolutely right! Who told you Jannah is for free any way? We must all work hard to have it… The reward will be so precious!
read this Hadith of Prophet Mohammad (Peace Be Upon Him) :” there are indeed ahead of you days that require patience. Whoever is patient during those days will be like someone holding to a burning coal. And the one who does this from them will have the reward of fifty men who do what he is doing.” The Companions asked: “Messenger of Allah, the reward of fifty of those with him?” He said: “The reward of fifty of you.”“
(Abu Dawud, at-Tirmidzi, and Ibn Majah)
From this Hadith we can realize that the more it’s difficult to stay on the right path the more the reward will be bigger! As much diffulties you face in obeying your Lord as much as you will get rewarded!
We can do it sister! Jannah is so precious and it really worth every second of tiredness and difficulties!
Believe me, that Day will come, when we will be all in Jannah (in shaa Allah) and we remember our days in Dunya and how much we struggled to win a place in Jannah and we would say:”Alhamdulilah, all that Jihad of nafs, all that tiredness and stress didn’t go for nothing, indeed every single second in Jannah really worth it!”

 Smile :)

Wednesday, 6 March 2013

10 Pesanan Imam Syafie

"Jadikanlah iman dan taqwa sebagai pakaian kita di dunia agar, pakaian dari syurga yang membaluti kita di akhirat kelak.."  "Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan tidak pernah tertidur walau sedetik pun. Setiap amal perbuatan kita akan dihitung walau sebesar zarah sekalipun" Semoga kita berada di dalam golongan hambanya yang tidak pernah alpa  mengingatiNya."

Sebelum Imam Syafi'e wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  

Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:


1. Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.


6. Hak kpd sirat (titian yg merintangi neraka pada hari kiamat):
mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhuan (malaikat penjaga syurga): merasa redha kpd qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kpd ALLAH SWT: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Wallaahu'alam.

Friday, 15 February 2013

Adab Memasak mengikut sunnah


Apabila kita hendak mula memasak seeloknya ada wudhu' dan hendaklah tutup kepala dan anggota aurat.
Doa masuk dapur
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]
Doa Waktu Sukat Beras
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.
Doa Buka Periuk
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.
Zikir Waktu Masak
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)
Doa Potong Sayur & Buah
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]
Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]
Doa Simpan Beras
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]
Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x

Mudah, bukan? Ibu-ibu yang solehah & dirahmati Allah sekalian, jom amalkan ! ^^ 


Sunday, 27 January 2013

A letter from mother to her child

To my Dear Daughter, If I'm not there to help you prepare for this next chapter of your life, to help you decide who to spend your life with, to be there to share your joys and sadness, your girly giggles and your painful tears, know this ... Know that no matter who you find, he is NOT your Mr. Right; Allah is. HE is the One to depend on. HE is the One who will make everything alright. Your husband will be your friend, but take Allah as your BF (Best Friend). When things are good, be grateful to HIM, and when things aren’t so good, cry to HIM. Know that your success isn’t in being the world to this man. Your success, your worthiness is from Allah. You are not incomplete without him. You were beautiful, complete, and worthy before you married. Don’t try to change him into someone he is not. Don’t nag him to get your way and don’t be afraid to love him. But love moderately. Maintain your own happiness. Don’t become so full of him that you are empty inside. Fill your being with the remembrance of Allah. Know that you will have ups and downs. That's normal. And know that when you have downs, it doesn’t equal divorce. Know that if you have children, they'll be watching you, just like you watched me. Know that if you distance yourself from him, he may distance himself from you too, so don’t be afraid to be the first to come back. Remember to make him feel important and appreciated. If you don't, who else will? Know that if you want the man of your dreams, become the woman of your own dreams first. Remember you have faults too. Work on them before you correct his. Get your examples from the Mothers of the Believers and female companions, not the celebrities on TV or movies. Know that even though you saw your father & I smile & play, and you saw me greet him at the door when he came home (even if I just saw him), that I too had a tear-stained prayer mat. But I stayed. Because I knew you needed me. I stayed because Allah made marriage to make us better people, to give us companionship in this troublesome world. Know that I want happiness & love for you. Better than what I had myself. And know that the only way to get it is by sticking to Allah. And lastly, know that I love you! 

 Smile :)