Posts

Showing posts from January, 2018

Tahun baharu?

Image
Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baharu 2018! Macam mana 2017? Berlalu dengan jayanya atau sebaliknya? Atau so-so? "2017? Jangan sebut pasal tahun tu. Gara-gara tahun tu la aku bla...bla..." "Ek elah, tak ada bezanya 2017 ke 2018 ke. Bagi aku semua tahun sama je!" "Asal aku tak rasa apa-apa pun even dah masuk 2018?!" Kita boleh tengok pelbagai aktiviti yang umat Islam lakukan pada malam tahun baharu, Ada yang tenggelam dalam acara-acara tidak bermanfaat; Ada yang menggunakannya untuk bermuhasabah; Ada yang berkumpul berdoa & berzikir; Ada yang buat makan-makan sesama ahli keluarga. Haa kawan-kawan. Tahun baharu? Sememangnya tidak ada apa yang baharu. Cuma perubahan angka umur kita. TAPI... Apakah ATTITUDE kita baharu menjelang tahun baharu? Apa ia semakin baik seiring dengan peredaran tahun? Jika 2017, malas; suka tipu; tidak syukuri apa adanya; lengahkan waktu solat; suka cakap belakang; lawan cakap ibu bapa; suka dengki dan cemburu dengan kelebihan