Adab Memasak mengikut sunnah
Apabila kita hendak mula memasak seeloknya ada wudhu' dan hendaklah tutup kepala dan anggota aurat. Doa masuk dapur رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10] Doa Waktu Sukat Beras الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan. Doa Buka Periuk اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.) p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan. Zikir Waktu Masak لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58] (Kacau lawan jam) Doa Potong Sayur & Buah فَذَبَحُوهَا ...