kalau dah JODOH, takkan ke mana...
Hati berdetak kencang setiap kali bertemu pandang dengan jejaka  pujaan hatinya. Safa segera menundukkan pandangannya. Bimbang akan  panahan yang bakal berlaku kepada Safa andai dia terus memandang jejaka  itu. Sungguh telah lama dipendamkan rasa hati terhadap jejaka itu namun  untuk meluahkan Safa tidak berani. Perasaan malu mencengkam dirinya.  Patutkah diluahkan?
Ahh ...malu sekali untuk mengakui rasa yang bertamu di hati.  Berkali-kali Safa nafikan, namun ia tetap menganggui Safa.  Astaghfirullah hal azim... Ya Allah, jauhkanlah gangguan perasaan ini  daripada hatiku. Nasihat ibu untuk sentiasa menjaga akhlak sebagai  muslimah sentiasa bermain di minda Safa.
Saban hari Safa meluahkan rasa hatinya kepada Allah SWT. Safa berasa  lega meluahkan segalanya kepada Si Pencipta. Satu perkara yang Safa amat  pasti. Hatinya tenang sekali setiap kali usai bersolat. Hatinya juga  berasa sangat lapang. Kadang-kala mengalir air mata Safa. Dirinya dulu  amat jauh daripada Allah. Tidak pernah sekali pun dia ingin melakukan  solat-solat tambahan seperti itu. Baginya, solat fardhu sudah mencukupi.  Safa salah ...hatinya sangat kosong dahulu namun hari ini Safa mampu  untuk mengakui hatinya sudah tidak kosong lagi. Allah raja di hatinya  yang telah memenuhi segenap ruang hatinya.
Safa tidak mahu gopoh di dalam mencari pasangan sementelah dirinya  masih lagi menuntut di tahun akhir di universiti. Safa perlu menyudahkan  pengajiannya dahulu sebelum berfikir mengenai pasangan hidup apatah  lagi perkahwinan. Safa akui, memiliki pasangan adalah fitrah semulajadi  manusia dan Safa sentiasa mendoakan semoga Allah mengurniakan seorang  suami yang mampu membimbingnya ke jalan Syurga.
Safa menyimpan rapi perasaan itu sendiri. Dia tidak pernah  mengharapkan apa-apa balasan daripada jejaka itu. Safa khuatir, andai  hatinya terlalu berharap, dia bakal kecewa suatu hari nanti. Allah  pengatur segalanya. Dia pasrahkan apa sahaja qada' dan qadar Allah  terhadapnya. Sementelah dirinya belum bersedia untuk mendirikan rumah  tangga, adalah molek sekiranya diabaikan dahulu perasaan yang sekian  lama menghuni hatinya. Pada pandangan Safa, jejaka itu sangat baik  pegangan agama dan akhlaknya.
Setelah 3 tahun bergelut sebagai seorang pelajar universiti, Safa  akhirnya berjaya bergraduasi dengan cemerlang. Ibu dan ayahnya tersenyum  bangga melihat kejayaan Safa, Itulah hadiah terbaik untuk ibu dan  ayahnya. Universiti kini ditinggalkan. Lambaian rakan-rakan semakin jauh  daripada pandangan mata. Sedang asyik Safa melambai rakan-rakannya  daripada dalam kereta, matanya tertancap kepada susuk tubuh seseorang.  Dia ...selamat tinggal insya-Allah semoga bertemu lagi, bisik Safa  perlahan. Perasaan sayu menggayuti hati. Air matanya dikesat perlahan.  Dalam diam, ibu memerhatikan perlakuan Safa. Cepat-cepat Safa  mengalihkan pandangan ke luar tingkap kereta. Malunya dia andai ibu  mengetahui hal hatinya.
Safa kini seorang wanita yang berkarier. Namun sunyi hati mendambakan  teman bernama suami. Lantas hal itu disuarakan kepada ibu dan ayahnya.  Safa redha akan pilihan ibu dan ayahnya. Pasti mereka akan mencari  seorang yang seorang yang sesuai untuk dirinya. Sesekali Safa teringat  akan jejaka itu. Safa tersenyum sendiri mengenangkan kisah lalu. Sekian  waktu telah berlalu, barangkali dia sudah bergelar seorang suami dan  bapa.
Suatu hari, ibu membawa perkhabaran bahawa mereka telah menemui  seorang calon suami untuk Safa. Alhamdulillah, Safa melafazkan syukur.  Safa sangat percaya akan pilihan kedua orang tuanya. Safa hanya  mengetahui sedikit tentang calon suaminya. Itu sudah memadai untuk Safa.  Safa segera beristikarah meminta ketetapan hati di dalam membina sebuah  rumah tangga. Semoga semuanya di dalam redha Allah SWT. Setelah  beberapa kali beristikarah, Safa menemui jawapan. Ia tidak hadir melalui  mimpi seperti mana biasa namun Safa merasai ketenangan dan kelapangan  hasil daripada istikharahnya.
Namun fikiran Safa sering terganggu. Bayangan jejaka itu sering  menghantui fikirannya sejak kebelakangan ini. Safa meluahkan hal itu  kepada ibu. Ibu hanya berdiam memarahi Safa tidak, menasihati Safa untuk  melupakan jejaka itu pun tidak. Safa bingung akan reaksi ibu. Seboleh  mungkin Safa mahu melupakan lelaki itu. Telah lama Safa singkirkan wajah  lelaki itu dari mindanya namun mengapa ia kembali hadir?
Mendengarkan kata-kata Safa, ibu segera ke biliknya dan kembali dengan membawa sekeping foto. Dihulurkannya kepada Safa.
"Gambar bakal suami Safa ye ibu? Ibu simpan ajelah. Safa tahu, ibu mesti pilihkan yang paling beriman untuk Safa kan..."
"Cuba tengok dulu Safa."
Diambilnya foto di tangan ibu dengan hati yang berat. Dia belum  bersedia untuk melihat wajah bakal suaminya. Baginya, paras rupa tidak  penting dan dia tetap akan mengenali bakal suaminya apabila mereka telah  sah menjadi pasangan suami isteri kelak.
Subhanallah, wajah yang cukup dikenali Safa. Air mata Safa mengalir  deras. Lantas Safa memeluk ibu. Terharu Safa akan ketentuan takdirnya.  Ibu mengusap-usap belakang Safa. Ibunya turut terharu mendengar tangis  syukur Safa.
"Itulah, jual mahal. Ibu nak tunjukkan dari awal lagi tapi Safa tak nak."
"Safa tak sangka ibu. Tapi macam mana ibu? Ibu kenal dia? Tapi Safa tak pernah cerita pun..."
"Safa sayang, Zubair itu anak kenalan ibu. Setelah sekian lama ibu  terputus hubungan dengan umi Zubair. Alhamdulillah, akhirnya kami  bertemu semula. Banyak yang ibu bualkan dengan umi Zubair termasuklah  niat ibu untuk mencari calon menantu. Umi Zubair yang cadangkan supaya  menjodohkan Safa dan Zubair. Subhanallah Safa, ibu pun tak sangka itulah  lelaki yang berjaya buat anak ibu menangis. Ingatkan sedih tinggalkan  universiti, rupa-rupanya sedih tinggalkan Zubair ya..."
Safa termalu sendiri. Syukurnya dipanjatkan kepada Ilahi kerana menganugerahkan pertemuan yang indah ini.
"Ni ada surat dari Zubair. Umi Zubair yang sampaikan ke ibu. Dia minta ibu sampaikan ke Safa."
Bismillah hir rahmanirrahim,
Sungguh aku bersyukur  dengan jalan jodoh kita. Safa, kemungkinan ketika kita berada di  universiti suatu ketika dahulu, aku kurang mengetahui akan perihalmu.  Namun, dalam diam aku mengagumimu, seorang yang sentiasa menjaga batas  pergaulan dan auratmu. Sebenarnya, di hari graduasimu, aku sengaja hadir  ke situ untuk memberikanmu sekeping warkah. Warkah untuk menyatakan isi  hatiku sebenarnya namun aku terlewat tiba. Khabaran umiku akan dirimu  membuatku menangis syukur. Alhamdulillah..aku bersyukur kerana Allah  telah menetapkan Safa untukku, sebagai pelengkap rusuk kiriku. Izinkanku  untuk membimbingmu hingga ke Jannah.
-Zubair-
#iluvislam.com 
 
 
Assalamualaikum wbth...
ReplyDeleteSalam perkenalan dari
TiranaAduka...
Selaku blogger baru ...memohon maaf atas kehadiran di blog ini.....tanpa diundang...maaf dari Tirana..
From TiranaAduka.....: Sakit Itu penghapus Dosa..
Jemput singgah blog saya.....jika ada kelapangan dari anda.....
Wasalam..
Ikhlas,
TiranaAduka...