“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan, syukur ku ke hadrat Ilahi, sungguh rancanganNya itu terbaik buat umatnya. Terima kasih ya Allah. Aku seorang pelajar di sebuah IPTA, di Sabah. Sebagai seorang pelajar semester 1, terasa kecil diri ini, dan diwajibkan mendiami asrama dan memaksa aku untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya adalah, menghadirkan diri ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah mengikut jadual yang telah disusun oleh AJK asrama. Bagi muslimah yang dalam keadaan uzur, terpaksa juga turun, dan mendengar usrah. Kisah ku bermula apabila melihat seorang siswi yang sangat manis bertudung labuh, sejuk mata memandang. Dia masuk ke masjid melalui pintu utama muslimah, aku terpegun seketika. Ya Allah, mungkinkah begini rupa bidadari syurgawi? Subhanallah. Terasa malu menyelinap dalam diri yang menutup aurat ala kadar sahaja. Perna...
Comments
Post a Comment