Tahun baharu?

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baharu 2018!

Macam mana 2017? Berlalu dengan jayanya atau sebaliknya? Atau so-so?

"2017? Jangan sebut pasal tahun tu. Gara-gara tahun tu la aku bla...bla..."

"Ek elah, tak ada bezanya 2017 ke 2018 ke. Bagi aku semua tahun sama je!"

"Asal aku tak rasa apa-apa pun even dah masuk 2018?!"

Kita boleh tengok pelbagai aktiviti yang umat Islam lakukan pada malam tahun baharu,

Ada yang tenggelam dalam acara-acara tidak bermanfaat;
Ada yang menggunakannya untuk bermuhasabah;
Ada yang berkumpul berdoa & berzikir;
Ada yang buat makan-makan sesama ahli keluarga.

Haa kawan-kawan. Tahun baharu? Sememangnya tidak ada apa yang baharu. Cuma perubahan angka umur kita.

TAPI...

Apakah ATTITUDE kita baharu menjelang tahun baharu? Apa ia semakin baik seiring dengan peredaran tahun?

Jika 2017,

malas;
suka tipu;
tidak syukuri apa adanya;
lengahkan waktu solat;
suka cakap belakang;
lawan cakap ibu bapa;
suka dengki dan cemburu dengan kelebihan orang lain (kalau asbab yang +ve takpe);
etc...

Pernah check tak semua tu dalam diri masing-masing?

tak kan 2018 kau masih nak kekalkan attitude lama? Come on, kita semakin lama semakin tua, kubur kata mari. Sementara masih bernyawa masih berpeluang untuk teruskan kehidupan di atas muka bumi ni, manfaatkanlah. Cuba usaha perbaiki, pertingkatkan lagi, betulkan mana yang salah, luruskan mana yang bengkok. Cek balik diri kita. Muhasabah diri kalau boleh.

Kalau azam tahun baru boleh gempak, siap buat wishlist sekian-sekian, why not senaraikan sekali azam untuk attitude kita supaya makin lama makin cemerlang gitu.

Serius aku cakap beb. Kita bertuah kerana Tuhan masih beri kita peluang masih beri kita nyawa untuk pertingkatkan amal ibadah, perbaiki sikap kita, silap kita. Tahu tak betapa ramai yang berharap dihidupkan semula ke dunia agar mereka boleh perbaiki amal semasa di dunia? Kita yang masih bernyawa ni nak lepaskan peluang begitu saja ke? Dah terlambat kang menyesal tak sudah.

Aku cakap untuk diri aku jugak. Kata nak syurga?

Oh ya. Sedikit perkongsian;

BAHARU: NEW
BARU: RECENT 




Comments

  1. I suka laa bila penterjemah bagi kosa kata baru. Heher. Kipidap ♥♥

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Beli Kilo Bagasi Setelah Beli Tiket Flight

Mindset or typical?