Posts

Showing posts from July, 2012

Pedoman Hidup

Image
Ya Allah, berikanlah kami kekayaan ilmu, hiasilah kami dengan sifat lambat marah dan pemaaf, Muliakanlah kami dengan ketakwaan dan indahkanlah kami dengan kesejahteraan.. Ya Allah, ampunkanlah kesalahan kami, kejahilan kami, dan ketelanjuran kami dalam urusan kami, Begitu juga dalam perkara yang Engkau lebih mengetahuinya daripada kami.. Ya Allah, sesungguhnya kami lemah, kuatkanlah kami.. kami adalah makhluk yang hina, muliakanlah kami.. kami miskin, kayakanlah kami. Wahai Tuhan, kami telah melakukan kezaliman yang teramat besar terhadap diri kami sendiri.. ampunkanlah kami.. amin ya Rabbal a’lamin.. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad SAW,yang bersabda :"Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan d...

Kisah Berkat di sebalik Membaca BISMILLAH

Image
Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.  Suaminya sentiasa mengejek " Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah ." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu. Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “ simpan duit ini ”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia me...

khas untuk kaum HAWA

Image
Wahai para wanita…tahukah anda bahawa: (1) Semakin banyak pandangan lelaki yang tergila denganmu semakin bertompok pula dosa-dosamu 2) Semakin sang lelaki menghayalkanmu…semakin berhasrat denganmu maka semakin bertompok pula dosa-dosamu (3) Janganlah anda menyangka senyumanmu yang kau lebarkan secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawabannya kelak..!!!. Boleh jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari-hari.. apalagi keelokan tubuhmu…. (4) Bayangkanlah… betapa bertompok dosa-dosa para artis dan penyanyi yang auratnya ditayangkan di hadapan ribuan…bahkan jutaan para lelaki?? (5) Jika anda menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu… maka anda kelak akan semakin cantik dan semakin molek di surga Allah… (6) Akan tetapi jika anda tayangkan kecantikanmu dan kemolekanmu maka ingatlah itu semua akan di makan dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat…dan di akhir...

MASHA'ALLAH by Maher Zain (Lyric)

Image
Agmal farha hiyya Youm farahko, da shee' akeed Zekrayatel leila deyyah Hadra mesh momkin tegheeb The most beautiful joy is On your wedding day - that's for sure This night's memories Will always be present and can never fade away Ehsasel youm dah Meen fikom yensah 'Ala toul tegma'ko ahla hayah The way you feel on this day How can any of you ever forget it?! The most beautiful life shall unite you forever Agmal farha fel hayat kol leila Helween wallah... Allah Allah Masha Allah... Masha Allah Ya salam ya salam, ma tbarko yahl Allah [x2] Tonight is the biggest happiness in your life By Allah, you're both beautiful! Allah Allah Allah has willed it... Allah has willed it What a joy, what a joy! Let's congratulate them, everyone! Ento 'ala sounnet Nabina Geeto we katabtol kitab Wehna tayral farha bina Welleiladil alb daab In accordance with our Prophet's teachings You did the marriage contract ('Aqd-Nikah) And we're overjoyed for the two of you An...

falling in LOVE??

Image
"Dan orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Furqan 25: Ayat 74) Cinta itu fitrah. Sering kita ungkap, sering kita singkap betapa besar perasaan cinta. Cinta juga apabila ditanya maksudnya, akan timbul pelbagai definisi dari setiap orang yang membicarakannya. Ya, cinta itu sifatnya suci dan kalam. Namun, kita sebagai manusia yang mencacatkan cinta. Apabila ditanya, cinta apa yang utama, ramai atau mungkin semua akan katakan, 'cinta kepada Allah'.  Tepat sekali. Namun, ramai yang tahu secara tepat, tapi tidak faham secara jelas. Cinta utama sudah pasti cinta kepada Allah. Mari kita muhasabah diri bersama-sama. Sebagai contoh, jika kita mendapat panggilan daripada kekasih daripada mendengar azan dari masjid, yang mana kita utamakan? Atau bila diajak untuk keluar bersama pasangan daripada menunaikan solat,...

Peperangan Uhud

Image
PEPERANGAN UHUD Firman Allah dalam ayat  36  surah al-Anfal  yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan"          Jika pada bulan Ramadhan yang lepas sejarah Islam pernah menyaksikan beberapa peristiwa yang penting seperti peperangan Badar al-Kubra dan juga pembukaan Kota Mekah maka bulan Syawal yang baru lalu juga turut merakamkan peristiwa bersejarah yang mana kita semua patut ambil iktibar daripadanya. Antara peristiwa yang besar yang berlaku pada bulan Syawal ini ialah peperangan Hunain , peperangan Uhud dan juga peperangan Ahzab atau pun Khandak . Peperangan ini merupakan antara peperangan yang besar yang  disertai oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Penglibatan baginda dalam peperangan-peperangan...

Kata Pepatah

Image
Gambar hiasan "Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah "Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan." "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma." "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah." "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."  "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik." "Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya." "Ora...

Kolam berbentuk Hati..

Image
Malam belum turun, masih jauh. Namun langit telah gelap pekat. Awan-awan berubah kelabu, seperti kelelahan menggendong titik-titik air dalam tubuhnya. Sudah hampir satu jam Kencana berbaring di sofa ruang depan sambil memandangi langit dari jendela besar yang terlapis kaca tebal. Dipeluk lututnya semakin erat, menguncupkan tubuhnya yang mulai kedinginan. Telinga mungilnya menangkap gesekan benda lembut beradu dengan lantai keramik. Suara sepasang sendal boneka besar dan lucu yang membungkus sepasang kaki ramping milik Senandung , kakaknya. “Sudahlah, Na. Maafkan dia, ya?” pinta Senandung. Kencana bergeming. Dipejamkan matanya saat Senandung menutup jendela. “Maafkan dia, Kencana. Oke?” ujar Senandung lagi. Kencana membuka mata, menangkap bayangan Senandung yang berdiri tidak jauh, tengah mengamatinya. Setelah menggeliat sejenak, Kencana lalu berdiri dan beranjak. Hujan turun, semakin lama semakin lebat. Suara kerasnya saat membentur genteng, terdengar sedikit menyeramkan, ...

balasan MELEWATKAN waktu SOLAT

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah. Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40-an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 k...

beberapa dalil ayat al-quran berkenaan penciptaan manusia

Image
PENCIPTAAN MANUSIA " Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging.  Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain.  Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. " - Surah Al-Mu'minun: Ayat 12-14 “ Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia daripada tanah.  Kemudian Dia menjadikan keturunannya daripada saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. " - Surah As-Sajadah: Ayat 7-9 TUJUAN MANUSIA D...